Selamat Datang ke D'Homely FR Cabin

Nikmati keunikan dan keselesaan homestay kami yang menawan, di mana anda boleh berehat dan menikmati suasana yang tenang. Kami menawarkan pengalaman penginapan yang berlainan dan tidak dapat dilupakan.

Berehat di Penginapan Kami yang Menarik dan Selesa

Bilik yang Selesa

Bilik kami yang luas dan selesa dilengkapi dengan kemudahan moden untuk memastikan penginapan yang menyenangkan. Nikmati malam yang tenang di atas katil yang empuk dan selesa. Ada ruang tamu, dapur dan bilik air yang selesa. Fully air-cond.

Suasana yang Tenang

Nikmati suasana yang tenang dan aman, di mana anda boleh berehat tanpa gangguan. Biarkan diri anda dibawa oleh ketenangan dan keindahan persekitaran kami. Parking kereta juga luas dan selesa. BBQ boleh dibuat tanpa masaalah.

Lokasi Yang Strategik

  • 2 min ke McD Gong Badak / Masjid UNISZA (0.6km)
  • 2 min ke dobi berdekatan - Dobi Sury & Sa Laundry
  • 4 min ke UNISZA (1.7km)
  • 3 min ke Hospital UNISZA (1.3km)
  • 4 min ke UMT (2.0km)
  • 8 min keICT Pok Nong (4.6km)
  • 13 min drive to Sultan Mahmud Airport (7.3km)
  • 18 min drive to Jambatan Angkat KT (12km)
  • 8 min drive to Pantai Teluk Ketapang (4.1km)
  • 21 min ke Bandar K.Terengganu (14km)
  • 10 min ke Mydin Mall Gong Badak (5.8km)
  • 21 min to KTCC mall / Mayang Mall (13km)
  • 11 minit ke Stadium Sultan Mizan (6.5km)
  • 13 minit Litar Permotoran Terengganu (cub Prix) (7.5km)
  • 14 min ke Nasi Ayam Batu 6 (7.4km)
  • 15 min ke plaza tol exit KT / Batu 6

Penginapan Menarik

Ada Dua (2) buah Rumah : Cabin L & Cabin A

Outdoor shower & portable pool utk kanak-kanak bermain air & mandi

Set BBQ dan Ruang parking yg luas

Cabin L : Rumah berbentuk L dilengkapi dapur dan ruang tamu (fully aircond)

Kombinasi dua heavy duty cabin dengan bangunan dinding bata utk ruangan dapur, stor & bilik air membuatkan pengunjung lebih selesa Satu Bilik Air yg selesa, Dua Bilik Tidur - Bilik Tidur 1 - Master bedroom (katil Queen & Aircond ) & Bilik Tidur 2 (Super Single with pull out Bed & Aircond). Ruang tamu & ruang makan (aircond & kipas). Semua Fully air-cond 📺 TV Astro Njoi🫕Dapur Elektrik 🫕Cerek Elektrik🫕Alatan memasak🍽 Rice cooker 🍽 Set pinggan mangkuk🍽 Meja makan❄️ Peti sejuk👗 Seterika dan iron board 🛌🏻Tilam tebal dan bantal hotel brand Akemi🛌🏻Tilam dan bantal tambahan disediakan🚿 Tuala dan shower gel disediakan

Cabin A : Rumah Tiga (3) Segi konsep Studio (fully aircond)

Struktur besi yang berbentuk A shape dilengkapi dengan bumbung kalis haba. Didalamnya ada loteng yang mempunyai tingkap. Rekaan yang menarik. Satu Bilik Air yg selesa, Dua Katil Tidur - Katil Queen (bawah) & Tilam Queen (Loteng) + Kipas. Semua Fully air-cond 📺 TV Android🫕Cerek Elektrik🍽 Set pinggan mangkuk👗 Seterika dan iron board 🛌🏻Tilam tebal dan bantal hotel brand Akemi🛌🏻Tilam dan bantal tambahan disediakan🚿 Tuala dan shower gel disediakan


Gambar Cabin L

Gambar Cabin A


Terokai Permata Tersembunyi di Sekitar D'Homely

Dalam masa 5 minit, anda boleh sampai ke lokasi Lagoon Pantai yang selamat dengan air yang tenang kerana berada dalam kawasan break water.

Makan Pagi Yang Sedap

Restoran Pok Din Nasi Kerabu menawarkan pelbagai hidangan pagi warisan Terengganu seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi minyak beserta ayam, daging bakar dan kuih-muih. Nasi kerabu adalah must try.

Nasi Dagang Atas Tol telah buka cawangan di depan UNISZA. Hanya 5 min daripada homestay. Nasi dagang dan Kuih kayu keramat adalah must try

​Makan Tengah Hari

Restoran Cek Ta (makanan tengah hari) ialah restoran yang menawarkan pelbagai pilihan menu Melayu yang sedap dan segar. Sup daging dan tulang adalah yang terbaik. Juga ada ikan bakar.


Terlalu banyak pilihan di area Gong Badak. Lokasi yang strategik

Gerai-gerai Celup Tepung

Terdapat banyak gerai celup tepung dikenali ICT berada di sekitar area D'homely. Ada yang sudah lama dan ada yang baharu. Anda boleh cuba mana yang sesuai dengan citarasa anda. Berikut adalah ICT yang kami cadangkan :

  1. Firdausy ICT​

Hanya 13 minit daripada D'Homely ke restoran Arang Berasap Di Stadium. Ikan bakar dan Paiz Tempoyak Patin Sungai adalah paling sedap. Patin harga hanya RM25 seekor. Sangat berbaloi. Dinasihatkan untuk booking terlebih dahulu. Facebook kedai.

Western Food yang sedap

Kami syorkan dua restoran ini untuk menikamati masakan western yang sedap.

  1. Warong Cikgu
  1. Western Budget

Dua restoran berada berdekatan dengan D'Homely

Made with